Lelaki! WANITA HANYA PERLUKAN PERHATIAN, BUKAN PENYELESAIAN...
Seperti hari-hari kerja lain petang tu Budin balik keletihan. Tergambar dalam fikirannya, sofa empuk, atau katil lembut untuk dia landing. Terbayang juga kopi o panas atau teh ais terhidang bersama-sama karipap gulung kegemarannya. Dia masuk dan terus disambut dengan senyuman isterinya, Hana. Tapi, senyuman Hana tak semanis biasa. Nampak kelat sedikit. Ah, tak kisah lah, fikir Budin.
Syukur, kopi o dah ada. Dia minum, sambil membelek-belek surat khabar. Ada berita yang belum sempat dibaca. Hana membuka mulut. Rupa-rupanya ada masalah di pejabatnya tadi.
"Bang, patut tak kalau kita tak tegur kawan sepejabat kita?" Tanya Hana.
"Kenapa?" balas Budin.
"Hana ingat nak boikot Salmah, kawan sepejabat Hana. Dia buat fitnah kat Hana!"
"Fitnah?" Tanya Budin lagi. Sambil tangannya membelek surat khabar.
"Macam ni....bla... bla..," Hana mula bercerita panjang. Namun belum sempat habis bercerita Budin cepat-cepat menyampuk.
"Apa kata, kalau Hana buat begini....begitu..." cadang Budin dengan niat untuk cuba membantu.
Namun, Hana tak pula memberikan respon atas cadangan Budin, sebaliknya terus menceritakan masalahnya yang meleret-leret dan mengheret-heret peristiwa yang berlaku berminggu-minggu dan berbulan-bulan yang lalu, antara dia dan Salmah.
Budin mengulangi cadangan penyelesaiannya. Ditambah pula dengan pilihan-pilihan tindakan penyelesaian yang logik.
Namun, Hana rasa dia belum puas menceritakan masalahnya. Hatinya masih terpendam rasa sedih, geram, marah, pilu dan rasa terpencil. Dia mahu meluahkan segalanya agar apa yang terbuku dikalbunya akan terungkai. Dia mahu Budin mendengar luahan hatinya itu. Lantas, Hana terus berbicara menceritakan masalahnya, tanpa menghiraukan cadangan Budin tadi.
Pada Hana, bila Budin memberikan penyelesaian, maknanya Budin tidak mahu mendengar suara hatinya. Budin mahu memberhentikan dia dari terus bercakap, fikirnya. Budin seolah-olah tidak simpati padanya. Budin mengguris perasaannya.
ini memang seringkali terjadi.. bila kia cuba meluahkan apa yang kita rasakan, lelaki akan cuba memberi penyelsaian.. ya, pada mereka apa yang mereka lakukan supaya kita tidak terus merasa marah atau kecewa.. tapi ada masanya kita benar-benar mahu meluahkan segala rasa yang erbuku dihati.. fahamilah, bukan kita mahu terus berada dalam keadaan marah atau kita mahu menjadi seorang yang pemarah.. tapi kita tidak mahu terus memendam rasa.. berilah peluang pada wanita untuk meluahkan apa yang dirasainya ketika itu.. ianya sekadar luahan.. berilah ruang dan peluang untuk wanita meluahkan.. diingatkan sekali lagi.. ianya sekadar LUAHAN...
No comments:
Post a Comment