Tuesday, 30 August 2011

SeLaMaT hArI RaYa

selamat hari raya kepada semua yang mengenali diri ini.. kepada sanak saudara.. kepada kenalan..

yeahh!!! sedang bergegak gempita di rumah abg azie.. riuh rendah betul.. macam-maca cerita keluar.. macam-macam keletah anak-anak.. abis lah rumah abg azie ni, dah ler esok nak ke london.. hehe.. nak wat camner, cucu mak nor ada 22 orang.. campur ngan anak 7 orang dan dan menantu 6 orang.. waduh!!! kecoh giler.. kelakar ngan anak-anak mak nor yang tengah dok berbincang tentatif program beraya hari nie.. hehe.. dan jugak tentatif utk ke melaka esok..

sekarang sessi bergambar pulak.. bayangkanlah seluruh ahli keluarga nak bergambar ni.. dari semuda 8 bulan hinggalah ke yang berusia.. nak dikumpulkan bergambar.. aduh, gamat memanggil anka-anak.. nak menunggu setiap anak cukup.. haha..


ohh, dah sampai giliran nak bersalam... chaoww dulu...

sambungan...
wah, kecoh betullah adegan bagi duit raya nih.. berterabur anak-anak beratur.. dengan kecohnya pak ngah aka abg azie nyer.. ngan mak-mak yang tolong amikkan untuk anak-anak kecik nyer.. adoihh, kene kira sama tak bilangan sampul setiap anak.. dan sampul raya kene lain-lain.. senang nak detect siapa yang tak bagi lagik.. hahaha.. tak senonoh arr..

tapi raya kali ni berbeza sikit.. sebab setelah berkumpul semua family, ada bacaan marhaban serba ringkas sedikit..


Wednesday, 24 August 2011

wordless wednesday




hujan oh hujan

hujannn!!!.. lebatnya hujan.. alhamdulillah, takdelah penat sangat nak berpuasa (hehe, mcm budak-budak jek kan).. tapi sedih gak arr, sebab plan nak beli baju raya anak petang nih.. pagi tadik dah survey dah harga baju.. tapi bukan baju anak arr, survey harga baju ibu.. hahaha.. baju anak takpe, senang jek.. baju melayu.. mana ada fesyen-fesyen nyer.. baju ibu ni yang susah.. nak nengok dulu fesyennye mcm mana.. pastu nak nengok plak coraknya mcm mana.. pastu nak nengok plak wananya mcm mana.. then akhir sekali harganya pulak.. so kalau part last tu tak berjaya, kene ulang balik dari part 1.. tu yang susah tu.. hehehe.. cerewet gak arr dalam beli baju nih.. kekadang tu puas pusing sana sini, takde gak yang berkenan.. tu yang en suami angin jek selalu tu..

semalam, naik ke rumah, tengok keadaan rumah.. yelah, lama tinggalkan rumah tue.. masuk jek tengok abis semua carpet basah.. aduhhh terpana seketika.. hujan lebat dalam  minggu lepas, so air masuk ikut bawah pintu rasanya tu.. ingat hari ni nak bukak semua tingkap dan pintu.. tapi memang dari pagi lagi dah mendung jek cuaca.. so tak berani nak bukak.. dan seperti apa yang diagakkan.. hujan lebat sungguhlah.. hmmm mesti banjir lagik lah rumah tu.. camne nak buat nih ekk.. abislah.. kene angkat semua carpet tu, sidai kat luar.. tapi jumaat nih nak ke kl dah plak.. ishh ishh.. pening pening..

Tuesday, 23 August 2011

suka-suka nak mengomel (9)

kali ni balik kampung saya naik bas.. en suami kebetulan ada kerja lagi.. lambat sangat pulak kalau tunggu en suami.. anak-anak dah merengek tanya bila ibu ayah nak balik.. takpelah, berkorban walaupun sebenarnya rasa seram sangat nak naik bas.. lama sangat tak naik bas ni.. penumpang tak ramai, so selesa lah sangat.. cuma tak selesa dengan pemandu bas.. hmmm so sombong lah bila bercakap.. bila dahberlaku kejadian yang macam tu, terfikir pulak tentang sikap manusia ni kan..

kadang-kala terjumpa dengan orang yang macam ni buatkan saya yang rasa sakit hati sangat walaupun bukan saya yang kena.. ceritanya, sorang kakak ni nak turun tepi jalan, kat bus stop.. takpelah kalau driver tu tak nak turunkan sebab takut ops sikap.. tapi sikap dan cara dia tu sombong sekali.. kenapa mesti menengking kakak tu hanya kerana kakak tu ulang lagik ttg tempat dia nak turun.. saya yang duduk belakang driver pun tak dengar mula-mula apa yang driver tu cakap.. terkejut kakak tu bila di sergah macam tu.. saya pun terkejut jugak..

kenapalah kan mesti sombong.. tau lah dalam kes ni, mmg driver yang berkuasa.. keputusan di tangan dia.. namun, kita kan sesama manusia.. apa salahnya kalau bercakap dengan cara yg baik.. tolak lah permintaan orang dengan baik.. kenapa bila memikirkan tentang perasaan orang bila berkata-kata.. seringkali terfikir ttg sikap yang sebegini.. apa sebenarnya yang mereka fikirkan ye.. hinggakan tak terdetik di hati mereka ttg hati orang lain.. walaupun dia betul, tapi janganlah sampai menghina orang lain.. walaupun orang itu salah.. namun sebagai manusia, dia juga ada hati dan perasaan kan.. sama seperti kita..

driver tadi jugak kasar dalam pemanduan.. bahasa jangan cakaplah.. sentiasa memaki jika pada dia kereta-kereta yang lain salah.. bahasa kan jiwa bangsa.. jadi bahasa juga melambangkan jiwa kita.. kalau hanya kata-kata kasar yang keluar dari mulut kita,, apatah lagi dalam hati dan jiwa kan.. tapi kalau ianya hanya sekadar kta di mulut tak mengapalah kan..

apa yang pentingnya kata-kata kita yang betul itu kalau kita menyakitkan hati orang lain.. kalau kita menghina orang lain.. kalau ianya buatkan kita menjadi sombong.. kalau ianya membuatkan kita lupa bahawa kita sesama manusia adalah hambaNya.. Allah sendiri tak pernah sombong dengan kita, jadi mengapa kita yang hanya seorang hamba ni mesti sombong sesama kita.. ikutkan fikiran saya yang serba lemah ni, timbullah pernyataan ini.. 'padanlah dia ni jadi driver bas jek kan.. kalau jadik bos besar entah mcm mana pulak sombongnya'.. tapi saya tak nak lah terus kekalkan penyataan itu.. kerana saya hanyalah hambaNya.. segala yang ada pada saya adalah milikNya..

yesss!!!

seronoknya kerja dah siap.. so nak balik kampung jumpa anak-anak.. rindu sangat-sangat.. ni pun dah lewat 2 hari ni.. takpe-takpe, lagipun semuanya untuk anak-anak.. alhamdulillah, rezeki dari Allah..

Monday, 22 August 2011

berbuka puasa geng pujangga studio

yang ni plak geng pujangga studio.. but fully sponsor by en azmie and yatie with family.. berbuka di Grand Canyon, Alamanda Putrajaya..







































salah ke kalau saya tak tahu

saya tak tahu okie.. sebab tu saya nak belajar.. yea, mmg saya ni lambat yea bila belajar.. tapi takkan lah baru tunjuk satu dua perkara nak assume saya boleh buat semua kan.. yea, saya tahu ada org boleh jadik best student, pandai dan cepat belajar kan.. saya ni pulak nak kena tunjuk satu persatu kannnnn...............

*oh yea. im also not a good singer and not good and chicky to be in front of the camera.......... 

berbuka puasa geng astro arena

ikut en suami ke majlis berbuka puasa.. geng-geng astro arena di restoran nelayan..