kenapa begitu mudah untuk menghukum seseorang diatas penilaian dan pendapat sendiri.. lupakah kita pada asal usul kita yang juga pernah melakukan kesilapan suatu ketika dulu.. adakah kita lupa bagaimana seseorang itu sentiasa cuba untuk memberi ruang pada kita untuk menyatakan apa yang berlaku pada kita sebenarnya.. mengapa disaat kita terluka seseorang itu tidak pernah menghukum dan melemparkan kata-kata yang sangat keras pada kita.. mengapa disaat kita terluka seseorang itu cuba untuk menenangkan kita dan cuba memberi kata semangat.. jadi mengapa disaaat kita berjaya dan gembira, kita dengan sewenangnya menghukum seseorang itu hinggakan hilang segala kebaikan yang pernah seseorang itu lakukan.. hinggakan tidak nampak langsung kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu.. mengapa mudah mengambil kesempatan diatas keadaan yang kadang kala tidak memihak pada seseorang itu dan keadaan yang ketika kini sedang memihak pada kita.. tidakkah kita terfikir bagaimana disaat kita berduka kita memerlukan seseorang untuk berbicara, begitu juga dengan seseorang itu yang memerlukan kita untuk berbicara..
selamilah hati seseorang sebelum kita menjatuhkan hukuman kerana keadaan dan situasi seseorang itu tidak sama dengan keadaan dan situasi kita.. jadi mengapa kita berang sekiranya seseorang itu tidak mengikut apa yang kita mahu seseorang itu lakukan.. pasti ada penjelasan dan alasan yang perlu seseorang itu ambil yang mana kita tidak pernah terfikir atau tidak pernah terasa untuk difikirkan dan dipertimbangkan..
No comments:
Post a Comment