Saturday, 13 August 2011

suka-suka nak mengomel (7)

boleh ke saya menjadi videographer? boleh ke, boleh ke.. hahaha, en suami kata kalau nak jadik lah.. tapi maksud saya disini adakah seninya dan bakatnya ada pada saya untuk membolehkan saya menjadi videographer?.. mempunyai kamera yang mahal dan canggih bukanlah satu jaminan kita boleh menjadi videorapher atau photgrapher.. segala yang mahal dan canggih itu sekadar memudahkan kita sahaja..


dalam bidang ini, seni dan bakat itu perlu.. sering kali kita dengar, 'gambar itu nampak hidup'.. itulah yang sebenar-benarnya diperlukan dalam bidang photo.. sama juga dengan video.. apa yang kita ambil perlulah nampak realistik seolah-olah kita sedang melihatnya dengan mata kita sendiri.. gambar dan video yang baik mampu memberi kesan emosi kepada kita..

so, boleh kah saya? hehehe.. rasanya tak cukup berseni saya nie.. biarlah saya menjadi editor sahaja.. itu pun dah cukup pening untuk memilih footage yang menarik supaya video yang dihasilkan menjadi amat menarik.. ohh yaa,, kepada videographer, ambillah footage yang baik dan terbaik supaya editor ini pun dapat memilih footage yang paling baik untuk di edit yea.. janganlah main tekan jek 'record' button tu ekk..

anyway, en suamiiiiiii........ nak satu gadget nie.. boleh lah, boleh lah..




sumber info 5d Mark II USB 4G dari : http://pujanggastudio.blogspot.com/2011/08/5d-mark-ii.html


No comments:

Post a Comment