Tuesday, 23 August 2011

suka-suka nak mengomel (9)

kali ni balik kampung saya naik bas.. en suami kebetulan ada kerja lagi.. lambat sangat pulak kalau tunggu en suami.. anak-anak dah merengek tanya bila ibu ayah nak balik.. takpelah, berkorban walaupun sebenarnya rasa seram sangat nak naik bas.. lama sangat tak naik bas ni.. penumpang tak ramai, so selesa lah sangat.. cuma tak selesa dengan pemandu bas.. hmmm so sombong lah bila bercakap.. bila dahberlaku kejadian yang macam tu, terfikir pulak tentang sikap manusia ni kan..

kadang-kala terjumpa dengan orang yang macam ni buatkan saya yang rasa sakit hati sangat walaupun bukan saya yang kena.. ceritanya, sorang kakak ni nak turun tepi jalan, kat bus stop.. takpelah kalau driver tu tak nak turunkan sebab takut ops sikap.. tapi sikap dan cara dia tu sombong sekali.. kenapa mesti menengking kakak tu hanya kerana kakak tu ulang lagik ttg tempat dia nak turun.. saya yang duduk belakang driver pun tak dengar mula-mula apa yang driver tu cakap.. terkejut kakak tu bila di sergah macam tu.. saya pun terkejut jugak..

kenapalah kan mesti sombong.. tau lah dalam kes ni, mmg driver yang berkuasa.. keputusan di tangan dia.. namun, kita kan sesama manusia.. apa salahnya kalau bercakap dengan cara yg baik.. tolak lah permintaan orang dengan baik.. kenapa bila memikirkan tentang perasaan orang bila berkata-kata.. seringkali terfikir ttg sikap yang sebegini.. apa sebenarnya yang mereka fikirkan ye.. hinggakan tak terdetik di hati mereka ttg hati orang lain.. walaupun dia betul, tapi janganlah sampai menghina orang lain.. walaupun orang itu salah.. namun sebagai manusia, dia juga ada hati dan perasaan kan.. sama seperti kita..

driver tadi jugak kasar dalam pemanduan.. bahasa jangan cakaplah.. sentiasa memaki jika pada dia kereta-kereta yang lain salah.. bahasa kan jiwa bangsa.. jadi bahasa juga melambangkan jiwa kita.. kalau hanya kata-kata kasar yang keluar dari mulut kita,, apatah lagi dalam hati dan jiwa kan.. tapi kalau ianya hanya sekadar kta di mulut tak mengapalah kan..

apa yang pentingnya kata-kata kita yang betul itu kalau kita menyakitkan hati orang lain.. kalau kita menghina orang lain.. kalau ianya buatkan kita menjadi sombong.. kalau ianya membuatkan kita lupa bahawa kita sesama manusia adalah hambaNya.. Allah sendiri tak pernah sombong dengan kita, jadi mengapa kita yang hanya seorang hamba ni mesti sombong sesama kita.. ikutkan fikiran saya yang serba lemah ni, timbullah pernyataan ini.. 'padanlah dia ni jadi driver bas jek kan.. kalau jadik bos besar entah mcm mana pulak sombongnya'.. tapi saya tak nak lah terus kekalkan penyataan itu.. kerana saya hanyalah hambaNya.. segala yang ada pada saya adalah milikNya..

No comments:

Post a Comment