peliharalah hatiku agar memahami insan lain,
seperti mana aku mahukan insan lain memahami aku..
Ya Allah,
peliharalah hatiku agar memberi ruang kepada insan lain,
sepertimana aku mahukan insan lain memberi ruang padaku..
Ya Allah,
peliharalah hatiku agar memberi kemaafan kepada insan lain,
sepertimana aku mahukan insan lain memaafkan diriku..
Ya Allah,
peliharalah hatiku agar membantu insan lain,
sepertimana aku mahukan insan lain membantu diriku..
Ya Allah.
peliharalah hatiku agar menyokong insan lain,
sepertimana aku mahukan insan lain menyokong diriku..
Ya Allah,
peliharalah hatiku agar tidak menyakiti hati insan lain yang sedang bersedih,
sepertimana aku tidak mahu disakiti ketika diriku sedang bersedih..
Ya Allah,
peliharalah hatiku agar mengambil iktibar dari hidup insan lain,
peliharalah hatiku agar tidak sombong atas kesilapan insan lain,
peliharalah hatiku agar tidak pernah lupa akan kesilapan diri sendiri,
peliharalah hatiku agar sentiasa mengingati kata-kata dan nasihat ku sendiri yang telah diberikan kepada insan lain,
peliharalah diriku agar sentiasa ingat, sepertimana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita ketika duka mahupun suka, begitulah juga insan lain yang mahukan yang terbaik untuk diri mereka ketika duka mahupun duka..
Ya Allah, aku hanya merayu padaMu.. kerana aku adalah hambaMu dan mereka jua adalah hambaMu..
Salam kenal , amy singgah dan follow sini... jemput ke belog amy. happy blogging..
ReplyDelete