Saturday 12 May 2012

berpindah!!!

dengan ini secara rasminya saya telah berpindah kerumah baru!!!

http://duhailensamatahati.blogspot.com/

tapi takdelah sehebat mana kehidupan saya.. hanya manusia biasa.. yang melalui pelbagai kisah dan cerita.. yang melalui pelbagai rupa cabaran dan dugaan.. yang kerap kali jatuh namun bersyukur kerana masih mampu kembali berdiri walau tidak seteguh mana.. yang hanya melalui sebuah kehidupan yang biasa..

begitu jugalah dengan rumah baru saya.. hanya sebuah rumah biasa.. tempat saya untuk menumpang kisah cerita..

Thursday 1 March 2012

azam saya

setiap ahari saya berazam.. agar saya menjadi diri saya yang lebih baik.. jadi ada baiknya saya berhijrah.. dengan ini, saya akan mulakan hari saya ditempat baru.. biarlah kisah lama saya terpendam disini sahaja..

insyaallah, saya akan lakukan apa sahaja agar saya menjadi diri saya yang lebih baik.. alamat baru saya akan saya catatkan kemudian yea..

Saturday 11 February 2012

sesuatu yang berlaku

perkara yang sama berlaku.. apa yang pernah aku hadapi, sedikit sebanyak berlaku juga padanya.. dan pandai pula dia memberi alasan mempertahankan diri, menuntut pengertian dan pemahaman dari sekeliling.. sedikit pun dirinya tidak bersalah.. sedangkan diri ini pernah dipertikaikan disaat mengalami perkara yang sama.. segala apa yang dikatakan ditolak sewenangnya.. dan lantas terus menjatuhkan hukuman.. disaat diri ini perlu berdepan dengan berbagai perkara, begitu banyak pengadilan dilakukan.. tetapi apabila perlu menghadapinya sendiri, begitu mudah memberi alasan menuntut kefahaman..

Ya Allah, aku bersyukur padaMu.. kerana hingga saat ini aku masih mampu mengawal hati dan perasaanku dari membalas segalanya dengan kata-kata dan perbuatan yang kasar.. aku memohon padaMu agar sifat sabar yang ada didalam hatiku ini ditambah agar ianya erat dan kukuh dihatiku.. aku tahu banyak kesilapan yang berlaku, namun disaat diriku berada didalam kebenaran, Kau bukalah pintu hati mereka agar menilai dari sudut pandanganku agar kebenaran itu tidak tenggelam dalam kerendahan pandangan..

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui betapa diri ini sedaya upaya melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan.. perancangan demi perancangan cuba dilaksanakan namun, hanya Engkau yang memberi keizinan diatas segalanya.. ampunkan hambaMu yang amat-amat lemah ini..

Sunday 5 February 2012

love it....



Ku lihat kau dari jauh, termenung
Ku cuba hampirimu
yang sedang kebingungan

Apa yang mengganggu fikiran
Soal tiada noktah jawapan
Lalu ku hulurkan tangan

Ikuti langkahku, menari
Hilangkanlah resah, dihati
Bangun dan teruslah bernyanyi
Bangkitlah sedar dari mimpi

Lantas, jauh kau ku bawa
Lenyap dari rasa kecewa
Ku lihat kau tersenyum

Sedar, jelasnya manusia
Hidup, ada naik dan turun
Tapi kau harus terus bangun

Ikuti langkahku, menari
Disinilah waktu terhenti
Yang berlalu biarkan pergi
Kini kau tak sendiri lagi

CHORUS
Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (bersamamu)

Kan bersama
Berdua hingga
Ke akhirnya

Ikuti langkahku, menari
Waktu kan berlalu dan pergi
Tapi kini kau tak sendiri lagi

CHORUS
Ku dan dirimu (kau dan aku)
Berlari menuju (bersamamu)
Langit yang biru (kau dan aku)
Ku dan dirimu (kau dan aku)
Lari menuju (langit biru)
Bintang yang satu (kau dan aku)


Friday 27 January 2012

words..

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik buruknya” dan “Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada…”