Saturday 30 July 2011

inilah hasilnya..

lama dah siapnyer kerja ni.. tapi tak update lagik.. so inilah hasilnyer dari post 'fast editing' hari tue..








suka-suka nak mengomel (4)

manusia tak lari dari melakukan kesilapan... tetapi itu bukan alasan untuk kita melakukan kesilapan dengan menganggap kita boleh meminta maaf... kadang-kala kesilapan yang dilakukan tidak dapat dibetulkan sebaiknya... pasti ada kesan yang bakal tinggal... ibarat sehelai kertas yang di renyukkan... walaubagaimana kita betulkan ia tetap meninggalkan kesan renyuk...

dalam kehidupan seringkali kita mempertikaikan... jarang kita menghayati dan menghalusi setiap perkara yg bertentangan dengan kehendak kita... seringkali kita lupa bahawa kita tidak mengetahui sesuatu yg Allah swt ketahui...

Wednesday 27 July 2011

virus!!!

akhirnya kalah gak ngan virus demam + selsema nih.. punyalah dok sibukkan diri, kononnya tak nak biarkan virus tu aktif akhirnya tumbang gak badan nie.. tido punyalah lama lepas zohor tadik, lena plak tu.. sampaikan en suami call berkali-kali pun tak dengar.. dah risau dah en suami tu, dia ingat dah pengsan dah.. hehehe, padahal phone kat tepi kepala jek.. mmg pening sgt sebelum tu.. tambah plak tersangatlah tak selesa badan ni bila dok 'achum achum' memanjang.. sampaikan badan basah dek peluh sbb tak on kipas pun, lena jek tido.. padahal saya ni pantang sket kalo tido tak on kipas, kene pasang gak walaupun slow bangat.. terasa cam takde aliran udara jek kalau tak on kipas, hehehe..

skang dah rasa kurang sket setelah makan ubat yg dibelikan oleh en Rifaiee Damai (jangkit dari dia ler ni,hehehe).. seb baik off dia dekat jerk, bleh arr dia berkejar balik belikan ubat utk akak ipar nya nie walaupun sibuk bebenor dia kat office tuh.. tapi bukan sbb dia jerk, sbb makan durian pun ada gak nie.. punyalah melepaskan geram masa balik kg hari tu.. akak ipar, kak ida sponsor durian.. banyak gak arr.. apa lagik, tolak ketepi soal 'kepanasan', yg penting ngadap durian yg sungguh yummmy yummmy.. haaa, kan dah bertambah kandungan virus, hehehe..

esok rasanya dah bley start bekerja.. setelah 2 hari dok melayan virus nih.. bos nak bercuti jumaat nih, so kene siapkan sebelum tue.. kene double effort nih.. virus, cukuplah stay dalam badan ekk.. kalau bley jangan singgah lagik ekk..

sekitar pengambaran team DAMAI di Tanjung Karang











Part 1 exclusive for personel pictures.. mestilah kene personel dulu.. nanti akan di upload behind the scenes..

really hate!!! (2)

apa gunanya bakat, kelebihan dan kepandaian sehingga menjadi 'best student di psa' sekiranya ianya digunakan untuk mengganggugugat sebuah keluarga.. mengambil kesempatan pada situasi dengan bermuka-muka sehingga terjadinya 'salah' pada yang benar.. kata penyesalan dan airmata ternyata hanya lakonan, sekadar mencuri peluang.. semoga berbahagia dengan cara hidup sebegitu..

Tuesday 26 July 2011

suka suka nak mengomel (4)

kepada mereka yang mahu mencari kebahagiaan... carilah dan berusahalah... tetapi janganlah membina kebahagiaan dengan menghancurkan kehidupan insan lain... kepada mereka yang mahu mencari kesenangan... carilah dan berusahalah... tetapi janganlah membina kesenangan dengan menyusahkan insan lain... carilah kebahagian dan kesenangan dengan usaha sendiri dan kesabaran... janganlah merampas kesenangan dan kebahagiaan mereka yang telah bertungkus lumus, berkorban, berusaha dan bersabar dengan segala ujian dan dugaan... ianya hanya akan menyenangkan 1 hati tetapi menghancurkan beberapa hati yang telah sekian lama bersatu dan bersama... ianya hanya akan menyenangkan 1 hati tetapi menghancurkan harapan beberapa hati yang telah sekian lama bersatu dan bersama...

gunakanlah kepandaian dan kelebihan yang telah dianugerahkan olehNya dengan sebaiknya dan seikhlasnya... jangan disalahgunakannya dan mengambil kesempatan diatas kepandaian dan kelebihan tersebut...

wordless

Friday 22 July 2011

balik kampung jom!!!

yeah... malam ni nak balik kg jay bee... tapi barang blum siap... hehe... alah, balik malam nie, esok malam dah balik ke kl... so takde lah nak beria berkemas pun... berdua jek pun... ngan my hubby... hmmmm sian anak-anak... tak dapat nak bawak balik ke jb lagik nie... diaorg sekolah... kenelah tunggu cuti sekolah kalau nak amik... lagipun balik nie atas urusan kerja... ada shooting kat jb... wedding shoot... so alang-alang shoot kat saner, balik jenguk mak ayah ler... sambil chit chat ngan mak sket... hehehe, shhhh rahsia...

nak berehat gak... seminggu dah dok meng'edit' video... letih gak arr... bukannya apa, baru nak mula kan... so tak berapa nak pandai lagik set masa... ingatkan sikit jek lagik nak siap... ghupe nyer nak edit 5 minit video sampai setengah jam... so sampai kurang tidolah jadiknyer... tapi yang penting, SAYA SUKA!!!... kalau dah suka, tak kisah lah penat atau tidak kan... hati pun puas... cuma utk kali ni terasa sedikit terkilan... yelah, rasa mcm boleh buat yg lebih baik... takpelah, jadikan pengajaran... next time will be marvelous...

so nak balik kampung dulu... rehat dan lepakkan diri... tenangkan hati dan fikiran (sempat gak emo tsunami, hehe)... balik dari kampung, cite ttg minggu lepas, aktiviti sewaktu menjenguk anak-anak di kampung gerik... ibu sayang anak-anak ibu okie...

*ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk aku menempuhi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini...isikan hati dan jiwaku dengan keredhaan, keberkatan dan kasih sayangMu sebagai kekuatan dan dorongan bagiku...tiada yang lain hanyaMu*

Saturday 16 July 2011

selepas fast editing

(cite pasal semalam dululah)
asyik nak fast jek kan... semalam pun giler gak... fast burn... hahaha... ada 110 keping dvd nak disiapkan... kelam kabut berkejar ke sana sini... guna dua comp utk burn dvd tu... sebab masa dah suntuk, kelam kabut arrr keluarkan dvd yg dah siap dan masukkan yang baru... giler kentang btullah (actually padan muke, hehehe)... then sesambil tu masukkan plak kat dalam box dvd... emo tsunami time pun dah tak terlayan (huhuhu)... yang penting kerja mesti siap dulu (ooo nak elakkan emo tsunami kene sibukkan diri kerja)... dah settle jek semua dvd, kene hantar plak... so menuju ke bukit jalil stadium ngan my hubby meredah jem selepas solat jumaat, haaa sendiri mau ingat arrr jem dia camne kan...

so satu kerja dah settle... sebelum mulakan lagik fast editing yg lain, pergi ke berjaya time square dulu... jenjalan release tension? ohhh no no no... masih bekerja, tapi kerja carik gadget cam... beli lens utk 5d canon dan head tripod... head tripod plak kene tunggu dia amik stock kat tempat lain... so lepak kat foodcourt makan nasik... lapar seyhhh... lepas dah kenyang, gi amik head tripod tu, then tokei tu soh gi amik borang cabutan bertuah... excited gak arr, hehe berangan menang kete... tapi belum apa2 dah potong steam arr... staff kat info counter tu tgh bertekak ngan member dia depan kitaorg plak... sambil amik resit, pass borang membebel tak puashati pasal kerja kan... hellooo, customer ni kat depan ni... ko nak membebel ko ngadap ler member ko tu... time ngadap kitaorg ko tutup arr mulut tu... yg member dia bley plak tutup almari kuat-kuat ekk... seb baik saya malas nak layan menambahkan emo saya, kalau tak mmg dah kene sound dah...

ada dua resit, my hubby punya resit dapat ler 8 keping borang... saya punya resit dapat 43 keping borang... ayark, ingat nak submit time tu gak... hmmm apa lagik, bawak balik arrr... tak kuasa nak ngisi borang bebanyak time tu gak... dah ler dia soh teka berapa banyak huruf 'b, t, s'... camne nak agak nie... agak-agak ada berapa ekkk... so ada baiknya kitaorg balik rumah dulu, isi borang kat umah then search kat internet jek... hahaha, kot-kot ada yg berkongsi pandangan ada berapa huruf tu... hehehe...


Thursday 14 July 2011

fast editing sungguh!!!

giler ahh!!! (actually padan muka)... hehehe... editing semalam bersambung ke petang nih... dah lah tido pukul 5 pagi tadik... sambung pukul 8... skang masih dok meng'edit' lagik... mata dan pedih giler... badan-badan jangan cakap arr... dgn lenguh nyer, dengan sengal nyer... sure esok lusa lepak nih... jap lagik nak kene curik masa sikit... masak plak... gitulah jadik seorang isteri, dalam pada sibuk bekerja, makanan utk suami kene jaga... baikkan saya nie (eceh, puji diri sendiri sesekali takper)...

tgh menunggu proses 'render'... nak minum air panas jap... minum kopi o... jommm...

edit potong susun -still tak siap!!!

ohh tidakk!!! masih tak siap lagik nie... dah masuk hari baru nie (eceh)... camner nih... byk lagik plak tu... tengahari esok nak kene settle semuanya... lagu pun tak carik lagik nih... ish ish, itulah sesambil tu dok melayari internet kan... camner nak concentrate... hehehe... yelah, dok ngadap jek finalcut tu berjam pening gak kepala ni... takpe takpe... teruskan usaha, caiyok caiyok... (>.<)

Wednesday 13 July 2011

suka-suka nak mengomel (3)

emo time!!!
(kenapa diri ini pula yg sentiasa merasa takut dan resah sedangkan bukan diri ini yg empunya angkara)

setiap manusia pasti akan menempuhi dugaan dan ujian... tak kira dalam bentuk apa jua... saya bersyukur dalam menempuh dugaan dan ujian yg baru dilalui, banyak tangan yang menghulurkan bantuan... segala apa jua pandangan mereka saya terima... kerana kita juga perlu melihat diri kita dari sudut mereka... bila keresahan kembali datang dan datang, saya sentiasa ingat akan pandangan mereka... ia membuatkan saya mempunyai pilihan untuk berfikir... dan pastinya satu keputusan yang terbaik akan muncul...

terima kasih yang tak terhingga kepada kedua-dua keluarga yang banyak membantu saya untuk berfikir... dan sayang yang tak terhingga kepada suami kerana sentiasa sabar dengan segala fikiran saya yang timbul terutama bila timbulnya emosi 'tsunami' saya... bersamalah kita menerima segala yang mendatang dalam kehidupan... bersamalah kita berusaha merubah dan berubah kepada yg lebih baik...

Coretan Buat Wanita


   بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØ­ْÙ…َÙ†ِ ارَّØ­ِيم

Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.
 Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”
Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.
Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”
Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia…

sumber: Mujahidah Solehah

edit potong susun

hari ni byk editing nak kene buat... due nyer hari ni... hahaha... camner lah nak siapkan nie... aduihhh pening arr... event hari guru yg bermula dari pagi hingga petang tu nak kene edit jadik 1 jam video... camnerlah nak di edit, di potong, di susun atur tu kan... cer cite cer cite... whole day tak bangun-bangun dari kerusi nih... tapi jap lagik kenelah bangun... nak solat... lewat dah nie... walau sibuk macammana, walau susah hati mcm mana, solat jgn lupa tiang agama (sambil nyanyi cam upin ipin ekk)... harap2 berjaya siapkan hari nie... actually petang ni nak kene siapkan full video sbb malam nak kene buat highlight plak... haaaaaaa, itu lagik poning kapla makcik nak nyiapkan nih... tapi dah kerja kan... kenelah siapkan gak... kang big boss marah lak... kerja! kerja! kerja! selagi bukak mata, kita kerja...

Tuesday 12 July 2011

suka-suka nak mengomel (2)

emo time!!!...

camni lah kalau dah emo kan... susah nak pujuk hati... keras hati ke? haha... adalah kot... yelah, kalau dalam hati ni dah diletakkan sepenuhnya, then frust, hilang akal gak lah kan... maklumlah, kate org, saya ni berunsur air... dalam pada tenang, bila tsunami melanda, habis satu bandar... tak pepasal buat kerja gile hari nie (apa saya buat? rahsia)... tapi saya tak kacau orang yea, dan saya tak serang orang yea... walaupun tsunami mengorbankan banyak nyawa, tapi saya tak korbankan nyawa sesape yea... tapi penat gak kan bile rasa camni... adiuhhhh...mana taknya, dah lah sakit atas apa terjadi, sakit jugak bile tengah emo tu... actually tuan punya badan pun takut gak ngan diri sendiri, huhuhu... tau dah apa nak jadik lepas tu... cam boleh hilang kewarasan bila emo melanda...

pada mereka yg disekeliling saya, terutama my hubby yg saya sayang sepenuh hati, harap bersabar ye bile saya emo tahap tsunami, hehehe... maafkan lah saya yea...

tapi saya juga sentiasa berdoa agar saya redha dan ikhlas menerima segala dugaan dan ujian dari Allah SWT... sesungguhnya Allah mengetahui apa yang saya tidak ketahui... semoga kelemahan saya akan menjadi kekuatan buat saya... semoga kekurangan saya akan menjadi keistimewaan buat saya...

suka-suka nak mengomel

lama dah nak buat blog nie... ada gak try buat blog... tapi hilang camtu jek, hehe... kali ni kene try maintainlah... cube dan cube lagi... okielah tu kan... tak salah mencuba... gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, ecehhh... kalau ada mana-mana entry yg menyinggung mana-mana pihak, harap maafkan lah diri saya ini... kerana saya ni bukan 'sape-sape'..bukan 'org besar'..bukan 'org penting'..bukan 'selalu dicari'..life saya pun simple jek..kadangkala saya salah..kadangkala saya tak pandai..kadangkala saya lupa..kadangkala saya terlalu melayan perasaan..kalau ada yg terasa hati, maafkanlah saya..

Akhlak Muslim Sebagai Suami


Kehidupan sebagai suami isteri adalah perkongsian. Salah seorang melengkapkan separuh agama pasangannya dan membantunya melengkapkan yang separuh lagi.

“I love you!”
Perkongsian ini dibuat berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw. Agar perkongsian ini berterusan, ia perlu kepada kasih sayang yang boleh melakukan pelbagai mukjizat. Suami menanggung beban paling berat kerana dia adalah nakhoda kepada bahtera kehidupan berumah tangga. Dialah yang bertanggung jawab memandu bahtera tersebut sama ada ke arah kejayaan atau kegagalan.
Perkataan ‘I love you’ banyak kali diucapkan sebelum berkahwin. Berapa kali pula ia diucapkan selepas berkahwin? Perkataan itu juga banyak kali ditulis di atas kad-kad ucapan sebelum berkahwin. Berapa kali pula ia ditulis di atas kad yang khusus untuk isteri selepas berkahwin?
Kita dapati Rasulullah saw ketika pulang daripada satu peperangan ditanya di hadapan khalayak ramai siapakah orang yang paling dicintai oleh baginda? Dengan segera Rasulullah saw menjawab: “Aisyah”, iaitu isteri baginda tanpa perasaan malu dan segan. Kenapa kita tidak melakukannya paling kurang pun di rumah iaitu bukan di hadapan orang ramai dengan berkata kepada isteri ‘I love you!’
Masak apa ni!
Cinta adalah perkataan yang mengandungi sihir. Namun perkataan yang lebih hebat ialah pujian dan berterima kasih atas setiap perkara sama ada kecil atau besar, terutamanya masakan. Wanita atau isteri menganggap makanan yang dimasaknya sebagai menggambarkan dirinya sendiri dan mempunyai kepentingan yang tinggi terutamanya di rumah suaminya.
Diceritakan pada suatu hari seorang wanita kampung menghidangkan setimbun makanan ternakan sebagai ganti daripada hidangan makan tengahari yang biasa dihidangkan kepada kaum lelaki keluarganya. Lalu mereka berteriak dan menjerit dan menyangka wanita itu telah gila. Namun wanita itu menjawab: “Aku berbuat demikian untuk mengetahui kamu semua tahu perbezaan antara makanan binatang dengan makanan manusia. Sudah lebih 20 tahun aku menyediakan makanan bagi kamu, tapi tak pernah aku dengar kamu berterima kasih atau memuji masakanku yang menunjukkan kamu tahu perbezaan antara makanan yang baik dan sedap dengan makanan binatang!!
Wanita, hatinya pada telinganya. Oleh itu, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih, memuji dan menghargainya.
Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah. Isteri adalah orang pertama yang sepatutnya diucapkan terima kasih!!!
Berlemah lembutlah!
Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita sebagai botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah. Oleh itu, suami wajib bersifat lemah lembut dan penuh kesabaran menghadapi kerenah mereka agar bahtera kehidupan dapat belayar dengan tenang.
Apa yang anda akan lakukan jika situasi berikut berlaku kepada anda?
Pada suatu hari, Rasulullah saw berada bersama-sama dengan para sahabat baginda di rumah Aisyah. Baginda meminta para isteri baginda membawa makanan keluar. Salah seorang isteri baginda membawa makanan keluar lebih cepat daripada Aisyah. Lalu para sahabat terus menjamah makanan tersebut. Kemudian barulah Aisyah datang membawa makanan. Melihatkan makanan telah sedia ada, Aisyah memecahkan bekas makanan yang dibawanya sehingga terpecah dua. Melihatkan apa yang berlaku, Rasulullah saw tersenyum sambil berkata kepada para sahabat: “Ibu kamu cemburu nampaknya.” Lalu baginda mengutip bekas makanan yang pecah dan kembali meletakkan makanan di atasnya serta memberinya makan kepada para sahabat. Kemudian baginda memberikan bekas yang pecah kepada Aisyah dan bekas yang tidak pecah kepada isterinya yang seorang lagi.
Jika situasi ini berlaku kepada anda, apakah agaknya sikap dan pendirian anda ketika berhadapan dengan kawan-kawan anda?
Firman Allah swt (surah al-Ahzab ayat 21) yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Heroku!
Suami adalah hero isterinya yang sentiasa berada di dalam khayalannya.
Wahai hero! Bukalah hati anda agar isteri anda dapat tinggal di dalamnya. Jadikanlah dia melihat kegembiraan (iaitu kerahmatan dan kasih sayang) di dalam mata anda. Jadikanlah dia melihat kerehatan ketika anda menghulurkan lengan anda kepadanya dan ketika anda meluahkan kata-kata melalui bibir anda. Dia meninggalkan rumah keluarganya hanya kerana mahu mendapatkan kasih sayang, menambat hati dan perhatian anda. Oleh itu, jadilah heronya sebagai yang dia impikan.
Ingatlah tarikh ulang tahun perkahwinan anda dan hari lahir isteri anda. Berilah hadiah kepadanya walaupun amat sederhana yang menggambarkan kecintaan mendalam anda kepadanya.
Janganlah anda menjadi seorang lelaki yang mempunyai dua muka. Anda dapat bersuka ria dan bergelak ketawa di luar rumah, tetapi masam mencuka di dalam rumah! Ini akan menjadikannya benci setiap hari dia melihat anda. Ini adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Ingatlah hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “Senyuman anda kepada saudara anda adalah sedekah.” Maka bagaimana jika senyuman itu diberikan kepada isteri!

Kunci Paling Penting
Antara kunci paling penting dalam menuju jalan kebahagian rumah tangga ialah berbuat baik kepada keluarga isteri terutama mertua.
Keluarga isteri anda telah mendidik isteri anda, menjaganya dan mengajarnya sehingga anda mengambilnya sebagai isteri. Maka berbuat baik kepada mereka pasti akan memberikan kesan kepada kehidupan anda. Dari sudut syarak, anda tidak dibenarkan memutuskan hubungan antara isteri anda dan keluarganya, kerana ia bererti memutuskan silaturrahim dan menderhaka kepada kedua ibu bapanya.
Firman Allah swt (surah Muhammad ayat 22) yang bermaksud: “Adakah jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?”
Hendaklah anda mengambil perhatian tentang perkara ini dengan niat untuk menyambung silaturrahim manakala isteri anda mengambilnya dengan niat memenuhi kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Tanyalah diri anda, adakah isteri anda akan menyayangi anda jika anda tidak membenarkan dia menyayangi keluarganya? Maka kunci penting yang menjamin kebahagiaan kehidupan berumah tangga anda ialah anda menghargai keluarganya, memuji mereka atas setiap kebaikan yang mereka lakukan, menghubungi mereka setiap masa dan lain-lain lagi. Ingatlah selalu sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
“Orang yang paling baik di kalanganmu ialah orang yang paling baik kepada keluarganya.”


Kejutan Membikin Mukjizat
Pembaharuan yang anda lakukan terhadap rutin kehidupan dan layanan kepada isteri anda akan meningkatkan kemanisan kehidupan sebagai suami isteri.
Rasulullah saw adalah ikutan kita dalam semua hal. Baginda saw pernah berlumba lari bersama Aisyah. Baginda juga pernah mandi daripada bekas yang sama dengan isteri baginda yang bernama Maimunah. Mereka saling merenjiskan air di antara satu sama lain. Tangan mereka berlaga di dalam bekas air. Baginda juga pernah meminta pandangan Ummu Salamah dalam salah satu perkara yang amat penting… Anda pula, apakah yang anda lakukan?
Keluarlah berdua-duaan seminggu sekali sekurang-kurangnya. Berbincanglah bersama-sama tentang apa saja. Bawalah isteri anda sesekali ke masjid bagi mendengar pengajian agama, kemudian pergilah makan malam bersama-sama di luar rumah.
Selalulah memberikan kad ucapan kepada isteri. Tulislah perkataan-perkataan lembut dan kata-kata cinta di atas kad tersebut. Atau lekatkan pada almari cermin ayat-ayat seperti ‘abang amat bahagia hidup bersamamu’, ‘sayang adalah hadiah paling berharga dalam kehidupan abang, ‘pandangan matamu menikam kalbuku’ dan lain-lain perkataan yang boleh anda cipta dan reka.

Kewajipan
• Panggillah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya.
• Kucuplah dia setiap kali sebelum anda keluar rumah untuk pergi bekerja dan setiap kali pulang ke rumah diiringi perkataan yang manja, kerana perbuatan tersebut akan mengekalkan kasih sayang.
• Berusahalah agar anda keluar berdua-duaan dengan isteri serta memberikannya hadiah yang sesuai.
• Pergilah bersama isteri anda menziarahi keluarganya sebulan sekali.
• Jika isteri anda sakit, jadilah anda orang pertama yang menghantarnya ke klinik. Suapkanlah ubat untuknya dan jangan sekali-kali anda meninggalkannya ketika dia sakit.
• Ketika melakukan hubungan, berikanlah perhatian yang lebih untuk menyentuh dan membelai isteri anda dengan sentuhan-sentuhan yang lembut serta membisikkan perkataan-perkataan yang manja, lebih daripada perkara-perkara lain.
• Awaslah anda daripada bersifat kedekut sama ada kedekut harta atau perkataan. Janganlah anda mengintip, mempunyai perasaan syak dan ragu, banyak bersungut, suka mengherdik dan bermuka masam.
Ustaz Mohamad bin Ismail
Sekretariat Pembangunan Belia ISMA Pusat
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


**dipetik dari blog nursyirah, artikel lama utk renungan bersama**