Friday 30 September 2011

ready

okie.. satu fasa dah selesai.. alhamdulillah dimudahkan segalanya, walaupun tak sepenuhnya.. so kene bergerak ke next phase plak.. dalam masa 2 hari.. bleh ke selesaikan?.. hehe.. insyaallah akan sedaya upaya untuk menyelesaikannya.. untuk ready bagi kerja seterusnya..

*mesti mesti mesti.. lama tak shopping nih.. list dah panjang dah nih.. :) :)..

Wednesday 28 September 2011

tido

'dah dah jom siap' (via fb)...

sekali dia T.I.D.O plak... dan saya terus M.E.R.A.J.U.K.......................
dan dia bertambah kuat B.E.R.D.E.N.G.K.U.R.......................

wordless wednesday

Tuesday 27 September 2011

suka-suka nak mengomel (15)


Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

kadangkala rasa letih dengan mereka yang mengaku baik dan teraniaya tetapi dalam masa yang sama berpropaganda hingga mahu pula menjatuhkan orang lain.. bukan kah itu juga termasuk dalam penganiayaan.. kebenaran bukan lah boleh ditegakkan dengan kemarahan dan dendam.. puaskah hati jika melihat orang itu jatuh terduduk? bukankah itu membalas namanya.. kebenaran apa yang dapat ditegakkan jika perbuatan kita itu jatuh ke tahap 'pembalasan'?.. kebenaran adalah membenarkan apa yang benar dan menyalahkan apa yang salah.. menegakkan kebenaran yang berlandaskan marah dan dendam hanya membuatkan yang salah bertambah salah dan menyalahkan sesuatu yang benar.. menegakkan kebenaran juga haruslah berlandaskan kejujuran.. dimana jujurnya penceritaan jika hati penuh dengan marah dan dendam?.. berhati hati lah apabila marah melanda hati kerana ianya mampu menerbitkan rasa dendam yang akan menghitamkan hati yang putih.. mengotorkan hati yang bersih.. 

dan rasa letih juga pada mereka yang disekeliling yang menyumbang kepada bara kemarahan.. lihat diri sendiri.. llihat status diri sendiri.. lihat keadaan diri sendiri.. lihat masalah dan cabaran yang diri sendiri sedang hadapi.. atau mahukah kisah silam dan pekung didada anda juga turut terbuka? tidakkah anda sedar jika kebenaran yang cuba ditegakkan ini akan turut membuatkan kisah hidup anda dipertontonkan? jika benar mahu membantu, bantulah dengan keihlasan.. jika sekadar mahu melempiaskan rasa iri hati, hentikanlah.. kerana bara yang anda cuba hulurkan itu akan membakar tangan anda juga.. 

*when people say things they don't understand.. i just smile.. because they forget they are doing the thing they said don't do. senyum, tak perlu kata apa-apa.. senyum..


mandi manda

sewaktu beraya di melaka pada petang raya kedua.. walaupun dah lewat masa tu, kitaorg pegi gak ke pantai.. anak-anak dah merengek sangat nak mandi laut.. masih teringatlah tu waktu bercuti de melaka pada cuti sekolah bulan mei dulu.. dapat mandi sejam jek.. merengek jugaklah anak-anak.. tak puas mandi.. tapi dah nak maghrib masa tu, so terpaksa jugaklah diaorg masuk kereta.. alah, nanti kita pergi lagi ekk..
























*gambar berterabur sket.. masa dok edit tu entah camne bleh tertukar sana sini.. malas nak edit balik.. okielah ni kan..

MaaF

Maafkan saya.. Maaf zahin batin.. Saya minta maaf sangat..
Tapi persoalannya, ikhlaskah kita? adakah kita benar-benar ikhlas meminta maaf setelah melakukan kesalahan? adakah kita meminta maaf hanya disaat kita merasa sedih di saat kita sedar akan kesalahan itu?

Takpe, saya maafkan.. Maaf mu diterima.. Ye, saya maafkan..
Tapi adakah kita benar-benar melupakan kesalahan seseorang itu apabila kita mengatakan kita memaafkan dia? adakah kita memaafkan kerana merasa terharu apabila seseorang itu meminta maaf?

Saya sendiri sering terlupa akan penghayatan sebenar 'Kemaafan".. hinggakan kadang-kala timbul semula rasa tidak puas hati terhadap seseorang yg telah melakukan kesalahan terhadap kita itu.. makanya, timbullah pula rasa-rasa yg lain.. bila dah timbulnya rasa yang lain itu, makanya terjadilah perkara-perkara yang mengganggugugat ketengangan dan keharmonian hati saya..

Makanya, saya perlu sentiasa melapangkan dada saya, dan menghayati pengertian maaf itu sedalam-dalamnya agar saya dapat mencapai manfaat 'Kemaafan itu'..


iklaskah kita bermaaf-maafan...



"Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin".
Itu adalah ucapan yang begitu sebati dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini. Ia begitu membudaya dalam sambutan Hari Raya kita sehingga kadangkala ungkapan "Maaf zahir batin" itu tidak lagi memberi kesan apa-apa pada diri pengucapnya mahupun pada diri orang yang ditujukan ucapan itu.
Akibatnya, seminggu selepas 1 Syawal, salah laku dan salah kata terus berlaku di antara dua pihak yang saling bermaafan di pagi raya. Orang yang memohon maaf masih mengulangi kesilapannya, manakala orang yang memberi maaf pula, terus mengungkit-ungkit kesalahan orang yang memohon maaf daripadanya. Mengapa ini boleh berlaku?
Perkara ini berlaku kerana permohonan maaf dan pemberian maaf itu telah dilakukan secara sambil lewa, tanpa keikhlasan mahupun kesedaran dalam hati mana-mana pihak. Perbuatan saling bermaafan itu dilakukan hanya kerana 'masa'nya telah tiba, dan bukan kerana keinsafan serta kemahuan untuk mensucikan diri, mahupun untuk memaafkan orang lain.
Amat malang sekali bila permohonan dan pemberian maaf – sesuatu yang amat dituntut – hanya menjadi satu budaya dan bukannya dihayati dengan semangat yang sebenarnya.
Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain amat dituntut oleh agama Islam sehingga ia dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar sekali. Ini jelas dalam Surah Ali-Imran, ayat 134.
Begitu juga, orang yang memohon maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan, mereka ini juga dijanjikan syurga oleh Allah di akhirat kelak (Surah Ali-Imran, ayat 135-136).
Jelas bahawa perbuatan memohon maaf dan memberi maaf adalah perbuatan mulia yang dianjurkan oleh agama Islam. Ia wajib dan dianugerah pahala pula bila dilafazkan dan diamalkan. Maka, mengapa tuntutan semulia ini kita amalkan secara sambil lewa sahaja?
Bagaimanakah sebenarnya cara untuk kita memohon dan memberi maaf? Kepada pemohon maaf, ungkapan memohon maaf itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas, rendah hati, penuh rasa kesal terhadap apa yang telah dilakukan serta niat untuk tidak mengulanginya lagi. Manakala kepada pemberi maaf, kemaafan yang diberi perlulah diberi dengan tulus ikhlas, dengan penuh sedar untuk melupakan kesalahan tersebut dan tidak lagi mengungkit-ungkit tentangnya.
Ada yang mengatakan bahawa ketika memohon maaf kita perlu menyenaraikan segala kesalahan yang telah kita lakukan supaya pihak satu lagi maklum tentangnya dan boleh mempertimbangkan sama ada dia akan memaafkan atau tidak.
Kemenangan
Namun, dalam semangat Hari Raya Aidilfitri ini, bila mana kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan, mengapa tidak kita buka hati kita untuk memaafkan sahaja segala silap dan salah orang itu? Tentunya kita juga ada salah dan silap yang jika mahu disenaraikan akan mengambil masa yang lama.
Maka, mengapa tidak kita maafkan sahaja dosa orang yang memohon maaf daripada kita? Ingatlah perintah Allah dalam Surah al-A'raf, ayat 199 yang menuntut kita agar memilih untuk memaafkan.
Sebenarnya, memohon maaf dan memberi maaf bukanlah sukar untuk dilaksanakan dalam bulan Syawal ini setelah kita melengkapkan ibadat puasa selama sebulan. Sesungguhnya ibadah puasa telah mendidik kita untuk melawan hawa nafsu dan mengembalikan diri kita kepada fitrahnya yang suci bersih.
Jiwa yang suci bersih adalah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya kaya dengan sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain. Maka, manfaatkanlah Aidilfitri ini ke arah itu dan sucikanlah dosa sesama insan dengan penuh tulus ikhlas.
Bila kita telah saling bermaafan, tiada lagi rasa benci dan dendam. Apa yang lahir ialah rasa kasih sayang dan persefahaman yang sekiranya dijana dengan baik, dapat menghasilkan satu permuafakatan yang bakal menguntungkan ummah.


from: iluvislam

Monday 26 September 2011

suka-suka nak mengomel (14)

mengapa mesti menipu?.. hahaha.. layanz.. memalam emosi.. pastu mencari.. mulalah tsunami.. layanz lagi.. lupa seketika.. tambah melayanz.. ohhh.. tertanya.. ada lagi ke.. panazzz.. kena lagi ke.. hmmmm.. okie.. kembali realiti.. muhasabah..

Alhamdulillah.. yang benar tetap benar.. walau teruji kesabaran.. yakinlah.. Allah Maha Mengetahui.. biarlah rahsia itu berlalu tanpa perlu diketahui.. agar ketenangan seiring dengan kekuatan diri.. tak perlu gusar lagi..

Kerana Dia Suka Aku Menangis


Ini adalah sesuatu yang sangat patut aku kongsikan. Semua orang patut sedar perkara ini.
Beberapa tahun yang lepas, aku ditimpakan dengan satu ujian yang hebat. Terlalu hebat.
Aku marah. Aku bengang. Aku membentak.
Aku menangis tidak puas hati. Aku rasakan Dia tidak adil! Aku mempersoalkan kenapa Dia buat aku macam ni? Apa salah aku sampai aku ditimpakan ujian sebesar ni?
Sejak dari kecil, aku dibesarkan serba sederhana. Orang lain hidup mewah, aku hidup kais pagi makan pagi. Aku diasuh supaya sentiasa memandang orang yang di bawah. Tetapi kali ni, aku terus mempersoalkan.
"Kenapa orang itu hidup bahagia? Tanpa masalah? Kenapa orang itu tidak perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi? Kenapa orang itu mendapat rezeki yang melimpah ruah? Kenapa aku yang masih muda perlu hidup susah? Sungguh tidak adil."
Aku marah dengan Dia. Aku bengang dengan Allah S.W.T, aku memberontak.
Aku buat segala macam kemungkaran. Apa guna Iman kalau tidak mampu selesaikan masalah aku ni? Selama ni aku taat dengan perintah-Nya, dia timpakan pula aku dengan ujian sebesar ni. Sungguh kejam dan tidak adil!
Semua perkara yang wajib aku biarkan. Solat? Cukup syarat saja. Apa yang aku tahu, marah aku tidak hilang. Perasaan tidak puas hati aku membuak-buak, semakin lama semakin besar. Aku makin jauh hanyut, lalai terus. Seakan-akan tidak lagi percaya dengan ketentuan-Nya.
Perkara sunat? Jauh sekali. Doa? Huh, tidak ada lagi walaupun sedikit keyakinan. Tidak wujud lagi pergantungan kepada Khaliq. Aku seperti tidak ada kepercayaan. Hilang haluan.
Sedikit demi sedikit nikmat aku ditarik. Aku buat tak endah. Aku dah biasa susah. Bukannya akan merubah apa-apa. Hati aku terus memberontak. Masih mempersoalkan kehendak-Nya. Terus dalam kekhilafan. Terus futur.
Aku lalai.
Bila tiba Ramadhan, aku berpuasa, seperti orang lain. Aku bersolat, seperti orang lain.
Sehingga pada satu hari, aku tidur di masjid selepas solat Zohor. Memang kepenatan yang teramat. Tanpa niat Iktikaf, aku layankan mata dan berbaring di satu sudut masjid.
Mimpi aku waktu itu mengubah hidup aku dan pandangan aku tentang ketentuan Dia.
Dalam tidur sepanjang dua jam tu, aku melalui sesuatu yang seakan-akan flashback hidup aku. Tidak perlu untuk aku ceritakan semuanya penuh lengkap, tapi cuma sedikit yang benar-benar aku ingat.
Suatu petang di surau sekolah menengah aku. Aku sedang membaca al-Quran. Mataku berkaca. Hatiku sebak.
Suatu malam di dorm asrama sekolahku.  Aku sedang bersolat hajat. Aku sedang menangis. Berjujuran air mata. Bergetar seluruh badan.
Seterusnya air mata ibu dan bapaku gembira dengan keputusan PMR aku yang cemerlang.
Suatu malam di surau sekolah asrama penuhku. Aku sedang berdoa. Tidak pasti bila. Yang jelasnya, aku menangis. Teresak-esak, aku sujud dengan linangan air mata.
Seterusnya air mata ibu dan bapaku gembira dengan keputusan SPM aku yang cemerlang.
Tiba-tiba aku tersentak, tersedar mendengar azan Asar berkumandang. Subhanallah. Lalainya aku.
Aku terus sebak, dengan mata yang berkaca, mengambil wudhu penuh longlai.
Malam itu aku bangun untuk Qiamullail. Buat pertama kali selepas dua tahun. Malam itu juga aku minta keampunan daripada Allah dengan sesungguh-sungguhnya.
Aku tekup muka dengan tangan. Aku segan dan malu dengan Allah. Selepas semua nikmat yang diberikan oleh Allah, aku sanggup pula berpaling daripada-Nya. Aku persoalkan kehendak-Nya. Aku lupa di mana tempat aku yang sebenar.
Aku bersyukur dengan sebenar-benar syukur dengan ujian yang telah Allah timpakan. Rupa-rupanya Allah bukan berlaku tidak adil. Allah bukannya menurunkan ujian ini untuk menghukum aku. Allah sayangkan aku. Lalu buat pertama kali selepas dua tahun, air mata aku jatuh lagi semata-mata kerana-Nya.
Aku rasakan aku tidak lagi layak untuk tinggal di bumi Allah. Tidak layak lagi meminta apa-apa daripada Allah. Kerana terlalu banyak sangkaan burukku kepada Allah. Aku segan. Aku malu. Aku cuma tunduk memandang sejadah.
Aku diberikan kejayaan. Aku diberikan keluarga yang bahagia. Aku diberikan sahabat-sahabat yang baik. Apa lagi yang aku mahukan daripada Allah S.W.T?
Apa lagi yang aku tidak puas hati? Sememangnya aku ni hamba yang tak tahu malu. Tak sedar diuntung. Lagi mahu membentak? Lagi mahu mempersoalkan?
Jadi mengapa ujian itu datang? Mengapa ujian itu diturunkan? Kerana ALLAH SAYANG AKU. Kerana Dia suka aku menangis kerana takut kepada-Nya. Menangis kerana rindu akan Rasulullah S.A.W. Seperti dulu.
Allah, aku rindukan waktu aku mengingati-Nya dulu. Quality time kami tidak terganggu. Waktu itu hidup aku seakan-akan sempurna, walaupun susah. Aku puas.
Tetapi sekarang aku kekosongan dan aku sedar mana silapnya aku.
Ingatlah sahabat. Muslim yang beruntung adalah mereka yang mengingati Allah pada waktu mereka susah. Tetapi lebih beruntung mereka yang mengingati Allah pada waktu senang.
Ini bukan kisah rekaan. Ini betul-betul berlaku. Hidayah milik Allah. Aku cuma mengingatkan.
Janganlah membentak, siapa kita hendak mempersoalkan kehendak Allah S.W.T? Siapa kita?
Kini hati aku tenang. Walaupun masalah aku berpanjangan. Tapi hati aku puas. Aku masih mampu tersenyum dan berkata, "Alhamdulillah." Mampu faham dan rasa maksud kasih sayang Allah dalam erti kata yang sebenar.
Syukur Ya Allah, syukur. Kau masih sayangkan aku.
Kerana Dia suka aku menangis.

from: iluvislam

music time

suka sangat ngan lagu nie.. hopefully korang enjoy ekk dengar lagu nie.. 


Tuesday 13 September 2011

i-city

melayan kerenah anak-anak di i-city, shah alam setelah beraya di rumah nenek en suami (wan) di melaka.. lagipun dah nak start sekolah dah, dan ibu dan ayah pun dah nak start kerja.. so bawak diaorg jalan puas-puas.. tapi tak abis pusing pun kat situ.. sebab anak-anak sibuk nak main lastik terbang tue.. sampai mogok tak nak bergambar dan tak nak pusing jalan-jalan.. lepas beli jek, carik port tanah lapang, then diaorg main puas-puas.. barulah tak merengek memasing..