Friday 28 October 2011

deep inside me

andai ada yang memahami hati ini.. katalah apa jua tentang diri saya.. anggaplah apa jua tentang diri saya.. letaklah saya ditempat bawah mana jua.. tapi janganlah dinafikan tentang hati dan perasaan saya.. sedaya upaya saya memperbaiki segalanya.. tapi semakin saya kuatkan hati, semakin kuat juga cabaran yang mendatang.. kadang kala keliru apa lagi yang harus saya lakukan.. bukannya saya tak tahu atau bodoh untuk memikirkan apa yang terbaik untuk saya.. cuma tentangan dan cabaran sering membuakan saya rasa takut untuk saya memikirkan tentang masa depan.. katalah apa jua tentang saya.. tapi janganlah dinafikan yang saya bukan anda, dan saya adalah hak diri saya.. walaupun saya tidak sehebat anda, tapi saya adalah saya.. apa yang saya lakukan sedaya upaya saya untuk memikirkan tentang mereka di sekeliling saya.. yea, niat yg baik, cara yang betul pasti akan diberi peluang oleh ALLAH.. tapi jangan lupa, ALLAH jua yang menentukan segalanya.. tak mampu saya menolak setiap cabaran yang datang dalam hidup saya.. ya, ianya datang kerana kesilapan saya, tetapi akuilah bahawa bukan semua kerana diri saya kerana, ALLAH jua yang memberi keizinan atas segalanya dan jangan lah menidakkan ujian dan cabaran yang ALLAH sediakan untuk hambaNYA.. sering kali saya cuba untuk melakukan yang terbaik untuk semua, tapi ada masa saya hanya dapat memperlihatkannya pada seorang sahaja.. dan saya terima sekiranya ada yang terluka kerana itu.. itu kesilapan saya.. andai ada yang memahami hati ini, pastinya akan nampak betapa banyak perkara yang ingin saya lakukan yang pastinya terbaik untuk setiap orang.. tapi saya tak mampu.. kerana kadang kala mereka hanya menilai tanpa menyelidiki hati ini.. saya redha kalau ada yang katakan saya ni bodoh dan lemah.. kerana saya tahu apa yang cuba saya lakukan untuk mereka yang saya sayang.. yea, hati saya lembut maka dengan itu, janganlah dikasari hati saya ini.. saya sedaya upaya berkorban rasa dan perasaan agar ada yang tidak disakiti maka dengan itu, janganlah disakiti hati saya ini.. sedikit pun tidak terlintas dihati saya untuk hidup berasaskan kemewahan dan wang ringgit.. apa yang pasti saya ada melakukan kesilapan.. sedikit pun tidak terlintas dihati saya untuk mengganggu kehidupan orang lain.. apa yang pasti saya perlu menanggung kesilapan insan lain.. sedikit pun tidak terlintas dihati saya untuk menipu sesiapa.. apa yang pasti saya cuba untuk memikirkan mereka disekeliling saya.. apa yang pasti saya sebenarnya tak mampu melakukannya untuk semua secara serentak.. kekhilafan saya.. saya akui tapi mengapa menjadikan saya sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa bersalah.. hinggakan saya kehilangan beberapa perkara yang berharga dalam hidup saya.. hinggakan saya tak tahu perkara apa yang harus saya lakukan.. andai ada yang memahami hati ini pasti akan dapat rasakan apa yang cuba saya lakukan.. tapi manalah saya mampu untuk melakukan semuanya dalam masa yang sama.. dalam keadaan yang serba kekurangan, saya tak mampu walaupun hati saya meronta-ronta untuk melakukan semuanya.. saya redha kalau ada yang katakan saya lemah.. yang pasti hidup saya bukan hanya tentang diri saya.. bukan hanya tentang perasaan saya.. bukan hanya tentang masa depan saya.. dan itu adalah saya yang pastinya akan memikirkan tentang orang lain hinggakan sering disalah ertikan.. apalah daya saya untuk menyatakan apa sebenarnya dihati saya sedangkan tiada yang sudi mendengar.. apa yang mampu saya harapkan, janganlah dinilai saya dari satu perkara kerana saya perlu memikirkan berbagai perkara.. kesilapan saya pastinya tidak akan saya nafikan, tetapi janganlah diletakkan kesalahan insan lain pada diri ini.. tak mampu rasanya hati ini untuk bertahan dalam keadaan yang tiada sokongan dan bersendirian.. kadangkala timbulnya rasa ingin mengalah walaupun pastinya ada yang berkata segala kata tentang saya.. tapi saya semakin tidak memahami apa yang harus dilakukan.. semoga kasih yang satu itu mampu menampung segala kekurangan yang ada.. dan semoga kasih ALLAH sentiasa memelihara diri ini.. kehidupan saya bukan hanya melibatkan diri saya sahaja, tapi anak-anak saya, suami saya dan keluarga-keluarga saya.. fikirlah, sebelum anda mencelah didalam kehidupan yang melibatkan saya.. ketahuilah betapa saya ingin memberikan yang terbaik kepada mereka semua sepeti mana anda mahukan yang terbaik untuk orang yang anda sayang.. 


*kadangkala rasa ingin keluar darinya.. tapi hati ini takut untuk PERCAYA..

Thursday 20 October 2011

sooooo cemburu

cemburu nya saya.. saya cembuu sangat sangat.. dan ianya buatkan saya rasa sedih.. dan buatkan saya rasa terpinggir.. dan buatkan saya rasa tidak diperlukan.. damn!!! sangat sangat sayu.. saya tak suka mcm nie.. cemburu!!! sayu!!! sedih!!!......................

*ianya bukan berkaitan dgn my hubby yea.. btw, saya dah langgar pantang, hehe.. konon nak rest panjang utk upgrade.. tak tahan arr nak 'suka suka nak mengomel'.. sbb saya suka mengomel.. hahaha (bengong time)..

Wednesday 19 October 2011

kongsi

buat masa ini saya akan kongsikan beberapa artikel yang saya jumpa.. saya akan copy paste direct dari web/blog.. maaf kalau ada yang marah bila saya just copy paste jek.. saya mohon untuk dikongsikan.. belum masanya saya utarakan pendapat saya sendiri.. insyaallah, saya akan upgrade segalanya nanti..

untuk itu saya akan bercuti panjang (ceh! macam ader org bace blog, hahaha).. banyak nak diubah ni.. nak jadik blogger tegar.. (hahaha.. ketawakan diri sendiri bley?).. dan satu lagik.. mmg kebetulan blog ini wujud dikala bulan mengambang yea (hidup penuh cabaran kan).. tapi tak bermakna setiap post saya berkaitan dengan kehidupan saya.. kadangkala ianya mengikut mood.. kalo mood sedih, maybe post saya akan jadik sedey.. tapi kekadang bile gembira sakan, post saya seakan melepaskan geram kan kan kan.. hahaha.. so tak semestinya yea.. saya pun baru jek mewujudkan blog saya yang akan menambahkan rutin seharian saya.. so segalanya little bit messy lah.. bercampur aduk..

apapun, saya mmg seronok berblogging nih.. wlaupun hanya saya seorang yang baca.. takpelah, asalkan saya dapat untuk SUKA SUKA NAK MENGOMEL.. yeehaaaa..

6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday 17 October 2011

blog oh blogger

waduhh.. biler tgk blog orang lain syahdu nyer rasa.. bukan aper, teringin lah nak berblogging mcm diaorg.. interesting and nice post.. lovely page.. up to date always.. blog saya ni entah ape jek ade nyer.. asyik emo jek kan.. hehe.. then biler tengok member join contest makinlah buat saya cemburu.. bile ye saya nak jadik begitu.. kekadang dah dok ngadap lappy bleh blank, camne nak aktif dan pantas ekk.. blum kire gangguan yang lain lagik.. ade jek teringat perkara yang nak dibuat.. yelah, sepenuh masa dirumah, so ade jek lah perkara yang rasa kene buat kan.. so tertangguh lagik.. tapi insyaallah, sikit masa lagik saya akan sesuaikan semuanya.. saya pun baru lah lagik nyer pun.. akan saya mencari skill terbaekkk.. hehe..

Sunday 16 October 2011

hanya perhatian



Lelaki! WANITA HANYA PERLUKAN PERHATIAN, BUKAN PENYELESAIAN...
Seperti hari-hari kerja lain petang tu Budin balik keletihan. Tergambar dalam fikirannya, sofa empuk, atau katil lembut untuk dia landing. Terbayang juga kopi o panas atau teh ais terhidang bersama-sama karipap gulung kegemarannya. Dia masuk dan terus disambut dengan senyuman isterinya, Hana. Tapi, senyuman Hana tak semanis biasa. Nampak kelat sedikit. Ah, tak kisah lah, fikir Budin.
Syukur, kopi o dah ada. Dia minum, sambil membelek-belek surat khabar. Ada berita yang belum sempat dibaca. Hana membuka mulut. Rupa-rupanya ada masalah di pejabatnya tadi.
"Bang, patut tak kalau kita tak tegur kawan sepejabat kita?" Tanya Hana.
"Kenapa?" balas Budin.
"Hana ingat nak boikot Salmah, kawan sepejabat Hana. Dia buat fitnah kat Hana!"
"Fitnah?" Tanya Budin lagi. Sambil tangannya membelek surat khabar.
"Macam ni....bla... bla..," Hana mula bercerita panjang. Namun belum sempat habis bercerita Budin cepat-cepat menyampuk.
"Apa kata, kalau Hana buat begini....begitu..." cadang Budin dengan niat untuk cuba membantu.
Namun, Hana tak pula memberikan respon atas cadangan Budin, sebaliknya terus menceritakan masalahnya yang meleret-leret dan mengheret-heret peristiwa yang berlaku berminggu-minggu dan berbulan-bulan yang lalu, antara dia dan Salmah.
Budin mengulangi cadangan penyelesaiannya. Ditambah pula dengan pilihan-pilihan tindakan penyelesaian yang logik.
Namun, Hana rasa dia belum puas menceritakan masalahnya. Hatinya masih terpendam rasa sedih, geram, marah, pilu dan rasa terpencil. Dia mahu meluahkan segalanya agar apa yang terbuku dikalbunya akan terungkai. Dia mahu Budin mendengar luahan hatinya itu. Lantas, Hana terus berbicara menceritakan masalahnya, tanpa menghiraukan cadangan Budin tadi.
Pada Hana, bila Budin memberikan penyelesaian, maknanya Budin tidak mahu mendengar suara hatinya. Budin mahu memberhentikan dia dari terus bercakap, fikirnya. Budin seolah-olah tidak simpati padanya. Budin mengguris perasaannya.


ini memang seringkali terjadi.. bila kia cuba meluahkan apa yang kita rasakan, lelaki akan cuba memberi penyelsaian.. ya, pada mereka apa yang mereka lakukan supaya kita tidak terus merasa marah atau kecewa.. tapi ada masanya kita benar-benar mahu meluahkan segala rasa yang erbuku dihati.. fahamilah, bukan kita mahu terus berada dalam keadaan marah atau kita mahu menjadi seorang yang pemarah.. tapi kita tidak mahu terus memendam rasa.. berilah peluang pada wanita untuk meluahkan apa yang dirasainya ketika itu.. ianya sekadar luahan.. berilah ruang dan peluang untuk wanita meluahkan.. diingatkan sekali lagi.. ianya sekadar LUAHAN...

Sentiasa Ada Ruang


Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:"Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat." (Riwayat Muslim)
Hati adalah wadah untuk iman. Hati yang kotor susah untuk disinari cahaya iman. Ini menyulitkan kita untuk membuat kebaikan kerana hati ibarat raja dalam satu tubuh manusia. Hati yang baik akan mengarah anggota-anggota tubuh itu ke arah kebaikan. Tetapi hai sudah di penuhi oleh seribi satu macam kuman-kuman ( sifat mazmunah atau sifat keji), maka ia akan mengarahkan anggota-anggota kepada melakukan perkara-perkara yang keji.
Sesungguhnya adalah wajar bagi kita menyemak hati kita, memperbaiki kekurangan, dan seterusnya mempersiapkannya untuk disinari cahaya iman agar anggota-anggota kita pula dapa menjadi sumber dari berbagai-bagai kebaikan dalam kehidupan kita sendiri dan masyarakat umumnya.

Allah Swt sentiasa memberi pelbagai ruang dan peluang untuk kita. Setiap hari. Selangi nyawa masih dibadan.
قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar 39: Ayat ke 53)



dari : iluvislam.com

exam

exam time!!! tapi ibu yang kene study lebey.. nak plak bab psikologi nih.. mana taknye.. baru jek kite soh baca buku, dah mcm-mcm soalan yang diutarakan oleh diaorg.. macam mana ibu nak tanya ekk.. ibu nak bagi soalan mcm mana ekk.. ibu nak tulis kat kertas ke kat buku.. ibu nak amik dari buku ke iinternet.. aduihhh mencabar minda betullah anak-anak nih.. belum lagik tgk silibus diaorang nih.. advance betul.. kite plak yang nak kene search sebelum bley ajar anak-anak nih.. manalah ibu tak nervous.. dah mcm ibu yang amik exam nih..
apapun, good luck untuk anak-anak ibu okey.. gunakan ilmu itu nanti sebagai panduan dalam kehidupan.. jadikan hidup kita ni bermakna untuk diri kita dan orang yang kita sayang..

*jgn jadi org yang bijak hingga menjadi best student tapi tak gunakan dlm kehidupan hingga menghancurkan kebahagiaan orang lain.. pastu nak melalak ttg mak ayah dia, abis aku ni takde mak ayah? anak-anak aku takde mak ayah?..

Saturday 15 October 2011

fikir

sebelum buat sesuatu perkara kita kena fikir..
so saya nak berfikir dulu..
berfikir dan terus berfikir..

suka-suka nak mengomel (16)

setidak-tidaknya sakit itu hanya melibatkan percaya, setelah berusaha dan melakukan yang terbaik daripada sakit setelah berusaha, bertolak ansur, berkorban untuk melakukan yang terbaik tetapi dikhianati.. dilukai bukan sekadar merasa sakit tetapi meninggalkan parut, yang mana akan mengembalikan kisah luka itu.. apalah yang mampu dilakukan oleh sekeping hati yang telah retak itu.. sememangnya ia amat mudah pecah jika tersentuh.. sememangnya ia mudah pecah walaupun sekadar dibuai angin.. 

*YA ALLAH, kekalkanlah keimanan yang ada dihatiku ini agar dapat aku mengawal perasaan aku sendiri setelah segalanya telah dilakukan sebaiknya untuk diriku.. aku perlukan masa tetapi janganlah biarkan masa mempermainkan diriku.. maaf, segalanya perlu dikeluarkan..

Friday 14 October 2011

b.o.s.a.n.

bosannnnnnnn nyerrrrrrrr.............. apa pun tak jadi nih....

update!!!

bile saya nak update blog saya dengan aksesori yang menarik nih.. so basic lah blog saya.. hehehe.. selalu berjalan-jalan di blog orang yang ada bermacam aksesori, teringin nak buat gak.. tapi kekadang bile dah depan blog, terkedu plak.. takper, saya akan cube untuk update gak.. mesti.. sebab saya suka.. ini tempat saya.. dan saya nak mereka yang berjalan di tempat saya juga suka.. walaupun hanya sekali itu sahaja mereka berjalan ke tempat saya.. yeahh!!!..

music time

Selena Gomez - Who Says


dedicated to me.. absolutely.. 

I'm just beautiful me!!!

Selena Gomez-Who Says

I wouldn't wanna be anybody else, hey
You made me insecure, to me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough

I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whitin' out the the truth

It's like the work of art
That never get to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not star potential
Who says you're not presidential
Who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me

Who says you don't pass the test
Who says you can't be the best
Who said, who said?
Would you tell me who said that, yeah
Who said

Who says, who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful, who says?

Thursday 13 October 2011

sayang my hubby

thanks a lot hubby.. its so special bila en suami lakukan sesuatu pada masa yang amat tepat.. walau pada orang lain perkara tu biasa, but for me its so special.. macam saya katakan, pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat dgn respond yang tepat.. so saya amat amat menghargainya..

dan maafkan syg yea hubby kalau cara syg salah..

marriage





Kali ini perkongsian mengenai ilmu rumah tangga pula ye.. saya bukan la pakar dalam hal ilmu rumah tangga.. tapi masih mencari ilmu dan masih banyak yang perlu saya belajar..

Di sini saya sekadar berkongsi ilmu mengenai nya..Jika usia perkahwinan sudah mencecah lebih 30 tahun tapi si isteri masih kecewa dengan sikap suami..Apa patut isteri buat ya??Adakah jalan berpisah penyelesaian nya?

kaum isteri, bakal isteri.. pun tak slaah baca..kita ikuti perbualan antara isteri yang kecewa dengan sikap sambil lewa suami

memang panjang tapi bacalah..moga-moga IA BERMANFAAT ..BUKAN SAHAJA BUAT SUAMI MALAH ISTERI..InsyaAllah,,Ya Rabb

JOm Baca..

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya si isteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

1)FOKUS PADA TANGGUNGJAWAB BUKAN MENUNTUT HAK

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) SERING BERDAMPING DENGAN ORANG YANG POSITIF

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) JADIKAN SEKARANG MASA PALING GEMBIRA

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) CARI JALAN MENGATASI STRESS

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) JANGAN TERLALU SERIUS

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

Wednesday 12 October 2011

wordless wednesday

Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4) 
Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.
Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.
"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!

cinema

hobi? minat? kegemaran? tak kisahlah yang mana satu.. tapi sememangnya saya suka menonton filem di wayang.. biar pun ceritanya tak berapa nak menarik, tapi saya suka.. namun saya tahu ada batasnya.. bukannya setiap masa dan cerita mesti saya tengok di wayang.. ada ketika saya tak kisah jika hanya menonton di rumah.. tapi sememangnya saya suka ke panggung wayang.. teringat masa belajar dulu kan.. sentiasa menunggu hari rabu.. murah sikit tiket wayang.. sekarang dah kurang dah ke panggung.. yelah, sibuk dengan keluarga.. tapi jangan disangkal kegemaran saya ni yea.. walaupun dah berkeluarga saya masih suka untuk ke wayang.. tak salahkan.. takkan time bercinta jek boleh tengok wayang kan.. wayang ni bukan tempat untuk orang bercinta jek kan.. tak kisahlah sebulan sekali je pun.. setiap orang ada perkara yang mereka suka.. dan tentunya perkara itu tetap memerlukan kita mengeluarkan duit.. so jangan nak cakap dgn saya tentang pembaziran.. sebulan sekali pada hari yang paling rendah.. salah ke?.. salah ke bagi saya yang dah ada family dan anak ni untuk pergi menonton wayang kalau itu dah menjadi kegemaran saya.. bila bercinta tak kisah pun kan, apa jua cerita tetap nak tengok even cerita melayu bodoh padahal sebelum ni paling benci dgn cerita melayu kan.. dan masa tak pernah menjadi ukuran, sentiasa boleh di'adjust' dan diatur segala jadual.. tapi bila dah bekeluarga kenapa mesti ada yang menyangkal dan mempertikaikan?.. yea, saya marah sangat bila ada yang tak memahami dan suka menyangkal tentang kegemaran saya ni.. salah ke saya mengatakan dan menegakkan kegemaran saya.. kita semua ada kegemaran, ada perkara yang kita suka lakukan.. jadi jangan nak pertikaikan kegemaran saya yang satu nie.. tak setuju? tak mengapa.. paling tidak fahamilah..

Saturday 8 October 2011

secret life

Siapa Dia


Mana dia
Siapa dia
Ini dia
Mana dia
Siapa dia
Mana dia

Siapa siapa itu
Memandang pada aku
Hatiku terharu
Teringat kau selalu

Siapa siapa itu
Yang memandang pada aku
Ah hati rasa terharu
Bimbang rasa selalu
Gelora dalam kalbu

Renungan dari matamu
Meresap di jiwa aku

Pandai kau berlagak
Sungguh kau bijak
Rasa hatiku tergoda tertawan
Bila melihat wajah rupawan
Hatiku jiwaku kini tertawan

Siapa siapa itu
Memandang pada aku
Hatiku terharu
Teringat kau selalu

Siapa siapa itu
Yang memandang pada aku
Ah hati rasa terharu
Bimbang rasa selalu
Gelora dalam kalbu

Aku memusing menjeling
Penuh dengan menggoda
Hatiku bergoncang
Kemuncak dirancang
Hinggakan ku tertawa tersipu
Memikat dan merayu
Nafasmu berderai
Gelora jiwamu

Jiwamu jiwamu jiwamu Auwww..

Bila melihat wajah rupawan
Hatiku jiwaku kini tertawan

Siapa siapa itu
Memandang pada aku
Hatiku terharu
Teringat kau selalu

Siapa siapa itu
Yang memandang pada aku
Ah hati rasa terharu
Bimbang rasa selalu
Gelora dalam kalbu

Gelora dalam kalbu

Friday 7 October 2011

update

lama tak update blog.. walauupun ada banyak stuff yang tinggal nak di publish kan.. tapi kekadang rasa blurrrr sgt.. idea ade.. tapi ada beberapa perkara yang buatkan blog nie sering kali lah tertangguh jek.. tambahan plak ngan gangguan anasir dari luar.. hahaha.. rasa nak ngamuk dgn mereka mereka ini.. tapi, biarlah.. saya tak nak jadi seperti mereka.. konon teraniaya.. tapi dek kerana dendam, meraka lupa yang mereka telah mencipta 'dosa'.. nak sangat orang lain merana.. padahal mereka sendiri sedang meranakan diri mereka.. malas kekadang nak fikirkan sangat.. saya sendiri pun ada berbagai perkara yang nak difikirkan.. bukan saya yang complicatedkan diri saya.. cuma hidup saya kini berkait dengan beberapa perkara.. so saya kenalah fikirkan apa yang terbaik boleh saya lakukan untuk diri saya khususnya.. kalau 'orang lain' begitu pentingkan diri dia dan parents dia di tempat yang tak sepatutnya, kenapa tidak saya juga meletakkan saya di tempat yang sepatutnya.. setelah sekian lama saya mengenepikan diri saya, kini tiba masanya saya mendahulukan diri saya.. setidaknya saya berusaha sendiri membina hidup saya.. bukan hanya menyelit dan mengambil kesempatan dari hidup yang telah terbina hanya untuk menutup kehidupan sendiri.. opppsss, banyak  sangat dah saya berceloteh.. sepatutnya secara basic jek.. tapi niat saya hanya untuk meredakan perasaan.. sekadar luahan.. tak amik kisah pun tak apa.. aduhh.. cukuplah tentang saya.. bukan ke sebenarnya nak cerita ttg blog.. hahaha.. terpesong plak tumpuan saya.. haaa, inilah sebabnya kenapa blog saya tak ter'update'.. kerana seringkali terlari tumpuan saya itu.. saya nak pentingkan diri saya agar saya dapat beri yang terbaik untuk kehidupan saya.. bolehkan kalau mcm tu.. bukannya saya nak pentingkan diri dengan menghancurkan hati dan hidup orang lain.. insyaallah, saya takkan buat begitu.. saya sentiasa berdoa agar diri saya tidak menjadi kehancuran hati dan hidup orang lain.. tapi bukan mudah untuk seseorang yang pernah jatuh untuk bangun berdiri dengan tegap.. bukan mudah untuk menjaga bekas kaca yang telah retak.. apa jua gangguan walaupun hanya sekadar hembusan angin boleh memecahkan bekas itu.. ohhhh tidakkkk... saya terpesong lagi.. hahaha.. sebelum saya kembali terpesong, ada baiknya saya berhenti setakat ini dulu..