Saturday 11 February 2012

sesuatu yang berlaku

perkara yang sama berlaku.. apa yang pernah aku hadapi, sedikit sebanyak berlaku juga padanya.. dan pandai pula dia memberi alasan mempertahankan diri, menuntut pengertian dan pemahaman dari sekeliling.. sedikit pun dirinya tidak bersalah.. sedangkan diri ini pernah dipertikaikan disaat mengalami perkara yang sama.. segala apa yang dikatakan ditolak sewenangnya.. dan lantas terus menjatuhkan hukuman.. disaat diri ini perlu berdepan dengan berbagai perkara, begitu banyak pengadilan dilakukan.. tetapi apabila perlu menghadapinya sendiri, begitu mudah memberi alasan menuntut kefahaman..

Ya Allah, aku bersyukur padaMu.. kerana hingga saat ini aku masih mampu mengawal hati dan perasaanku dari membalas segalanya dengan kata-kata dan perbuatan yang kasar.. aku memohon padaMu agar sifat sabar yang ada didalam hatiku ini ditambah agar ianya erat dan kukuh dihatiku.. aku tahu banyak kesilapan yang berlaku, namun disaat diriku berada didalam kebenaran, Kau bukalah pintu hati mereka agar menilai dari sudut pandanganku agar kebenaran itu tidak tenggelam dalam kerendahan pandangan..

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui betapa diri ini sedaya upaya melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan.. perancangan demi perancangan cuba dilaksanakan namun, hanya Engkau yang memberi keizinan diatas segalanya.. ampunkan hambaMu yang amat-amat lemah ini..

No comments:

Post a Comment