Friday 27 January 2012

words..

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik buruknya” dan “Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada…”

Monday 23 January 2012

suatu ketika..

haziq : ibu, dalam perut ibu ada baby ker?
ibu     : ishh mana ada..
haziq : abis perut ibu gemuk jek, mcm ada baby..
ibu     : aha, ibu dah gemuk..
             kurang asam nyer anak.. huhu, sedih ler plak.. pandai plak sound beralas yer..
haziq : baik ibu check, kot-kot ada baby ker.. kalau takde takpelah.. sebab haziq tgk perut ibu besar cam ada baby jek..
ibu     : hmmm nantilah..
             aduihhh.. pedih ulu hati, panas giler hati ni.. mulalah nak moody kan..
haziq : nanti ibu check ekk, hari tu umi pun check doktor, tapi takde baby.. cuma perut umi jek besar.. mcm ibu lah..
ibu     : ni kalo umi ko dengar nie, habis ler.. 
             haziq ni nak sound ker ikhlas bertanya nih.. huhuhu


alah hai anak.. nak dimarah, budak lagik.. memang ler bercakap ikut apa yang dilihat.. baiklah anak, ibu terima lah kritikan beralas anak tu yer.. insyaallah ibu akan kuruskan lagik badan ibu ni, terutama sekali tang perut tu yea.. huhuhu.. tak nak makan nasi dah lepas nie.. en suami? hanya menaha ketawa.. yeah, kang kalo menyampuk ader yang tak pepasal kene tempiasnya kan.. anak yang bercakap, kang ayah nyer plak yang kene kan.. so baik ler dia diam.. tapi isterimu ini nampak yer senyum kambing mu itu.. waaaaaaa nangis dalam hati..
 

sabar dan ikhlas

'bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas'
'bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit'


kita merasakan kita dah cukup bersabar, tapi ternyata tidak apabila ada 'disatu ketika' kita terfikir akan perkara yang menguji kesabaran kita itu.. dan kita mula mempertikaikannya.. dan kita mula berfikir untuk melakukan sesuatu tentangnya, suatu perkara yang kita rasakan kita patut ambil.. yang mana akhirnya kita menjadi tidak sabar.. begitu juga dengan keikhlasan.. ada 'disatu ketika' kita terfikir dan rasa sakit itu kembali menguasai hati dan fikiran kita..

setiap hari saya cuba untuk mempertahankan kesabaran dan keikhlasan yang pernah dan seringkali saya ungkapkan.. bukan mudah untuk kita menepis godaan dan bisikan halus syaitan yang sentiasa cuba untuk memadamkan kedua rasa itu dari hati.. bila 'satu ketika' itu muncul, berbagai perasaan lain juga akan muncul.. bukan mudah untuk kita menepisnya.. tapi setidaknya dengan mengingati perkataan 'sabar' dan 'ikhlas' itu, saya dapat mengawal beberapa perasaan yang lain.. yea, adakalanya saya tewas dengan permainan perasaan saya sendiri.. tapi bila timbulnya rasa 'sabar dan 'ikhlas' itu, saya dapat rasakan saya tidak terlalu terbawa dengan perasaan saya sendiri..

'Ya Allah.. kekalkanlah dan kukuhkanlah rasa 'sabar' dan 'ikhlas' yang ada didalam hati ini.. jika ianya masih mempunyai batas dan masih merasakan sakit, aku mohon padaMu Ya Allah agar kau tambahkan dan kukuhkanlah rasa itu didalam hatiku ini.. semoga sabarku tidak berbatas dan keikhlasan ku tidak menyakitkan.. sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah, yang terlalu mahu menjaga hatiku dari merasa sakit walau sedikit.. sedangkan ujianMu itu adalah salah satu tanda Kau menyayangi hambaMu..'