Monday 23 January 2012

sabar dan ikhlas

'bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas'
'bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit'


kita merasakan kita dah cukup bersabar, tapi ternyata tidak apabila ada 'disatu ketika' kita terfikir akan perkara yang menguji kesabaran kita itu.. dan kita mula mempertikaikannya.. dan kita mula berfikir untuk melakukan sesuatu tentangnya, suatu perkara yang kita rasakan kita patut ambil.. yang mana akhirnya kita menjadi tidak sabar.. begitu juga dengan keikhlasan.. ada 'disatu ketika' kita terfikir dan rasa sakit itu kembali menguasai hati dan fikiran kita..

setiap hari saya cuba untuk mempertahankan kesabaran dan keikhlasan yang pernah dan seringkali saya ungkapkan.. bukan mudah untuk kita menepis godaan dan bisikan halus syaitan yang sentiasa cuba untuk memadamkan kedua rasa itu dari hati.. bila 'satu ketika' itu muncul, berbagai perasaan lain juga akan muncul.. bukan mudah untuk kita menepisnya.. tapi setidaknya dengan mengingati perkataan 'sabar' dan 'ikhlas' itu, saya dapat mengawal beberapa perasaan yang lain.. yea, adakalanya saya tewas dengan permainan perasaan saya sendiri.. tapi bila timbulnya rasa 'sabar dan 'ikhlas' itu, saya dapat rasakan saya tidak terlalu terbawa dengan perasaan saya sendiri..

'Ya Allah.. kekalkanlah dan kukuhkanlah rasa 'sabar' dan 'ikhlas' yang ada didalam hati ini.. jika ianya masih mempunyai batas dan masih merasakan sakit, aku mohon padaMu Ya Allah agar kau tambahkan dan kukuhkanlah rasa itu didalam hatiku ini.. semoga sabarku tidak berbatas dan keikhlasan ku tidak menyakitkan.. sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah, yang terlalu mahu menjaga hatiku dari merasa sakit walau sedikit.. sedangkan ujianMu itu adalah salah satu tanda Kau menyayangi hambaMu..'

No comments:

Post a Comment